Friday, 18 July 2014 | 08:00 | 0 Atasinchi
15
Mei yang lalu adalah hari ulangtahun yang ke 65 peristiwa Nakbah , hari
malapetaka bagi semua umat Islam apabila negara haram Israel
diisytiharkan secara rasmi oleh Perdana Menterinya yang pertama David
Ben Gurion. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin
diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah
pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari
5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan
termasuklah dari negara-negara umat Islam. Sejak itu jugalah tanpa henti-hentinya saudara-saudara kita terus hidup dalam kezaliman dan keganasan.
Serangan
dan keganasan terbaru berlaku kelmarin pada 21 Mei 2013 Seorang
kanak-kanak cedera ditembak oleh askar zionis di kem pelarian
Al-Jalazoun, utara Tebing Barat Ramallah. Kanak-kanak tersebut, Ata
Mohamad Sabah, 13 cedera ditembak di bahagian belakang, dan dipindahkan
ke Palestine Medical Centre.
Manakala di Barat Baitulmaqdis, Israel memusnahkan dua buah bangunan di Jabel al-Mukaber, iaitu kawasan yang diduduki oleh keseluruhannya adalah warga Palestin. Mereka dituduh membina bangunan tanpa permit.
Manakala di Barat Baitulmaqdis, Israel memusnahkan dua buah bangunan di Jabel al-Mukaber, iaitu kawasan yang diduduki oleh keseluruhannya adalah warga Palestin. Mereka dituduh membina bangunan tanpa permit.
Jika serangan udara dan darat Rejim
Zionis Israel terhadap Bumi Gaza di Palestin pada Disember 2008
mendapat liputan dan kecaman besar-besaran masyarakat antarabangsa,
serangan terbaru ini disambut sepi malah tak ramai umat Islam yang
mengetahuinya.
”Bilakah
semua ini akan berakhir…”.Itulah persoalan yang sering berlegar di
fikiran . Tentunya bila kita mengimani bahawa setiap apa yang di
taqdirkan Ilahi itu ada kebaikannya , maka kita akan sampai kepada suatu
keyakinan bahawa Allah menjadikan bumi barakah Palestin ini sebagai
medan pertarungan antara yang haq dan batil; antara kebenaran dan
kepalsuan dan sebagai satu medan untuk semua umat Islam mengambil
bahagian dalam jihad mempertahankan tanahair kita. Menjadi tanggungjawab
kita untuk sentiasa mengingatkan diri kita dan masyarakat untuk
berterusan dalam memperjuangkan isu Palestin.
Dalam
kempen-kempen selamatkan Gaza, fokus banyak diberikan orang ramai untuk
membantu penduduk Gaza. Memang dari sudut material dan fizikal mereka
amat kurang dan memerlukan bantuan, Namun di sudut keimanan dan
spiritual mereka berada di peringkat yang paling tinggi. Di sudut
spiritual inilah sebenarnya kita dan anak-anak kita yang sepatutnya
dikasihani. Justru kita selaku ibubapa mestilah mengambil kesempatan di
atas malapetaka Gaza ini untuk menumbuhkan kesedaran bertuhan dan
meningkatkan kecerdasan spiritual di kalangan anak-anak dan anggota
keluarga kita. Kita haruslah mencari jalan dan peluang untuk membina dan
meningkatkan jatidiri muslim generasi muda. Apa dan bagaimanakah
caranya?
Asas-Asas Pendidikan Rasulullah
Dalam
bukunya Keluarga Bersendi Takwa, Dr ’Aid AlQarni menggariskan lima asas
pendidikan yang digunakan Rasulullah SAW dalam mendidik para sahabat
baginda sehingga lahirlah generasi sahabat yang begitu kukuh
keimanannnya dan kental semangat perjuangannya sehingga mereka sanggup
mengorbankan nyawa dan harta mereka demi Allah dan agama ini. Sejarah
berulang kembali . Di abad ke 21 ini kita dapati para pejuang dan
mujahidin di bumi Palestin adalah mereka yang berjaya dididik berasaskan
prinsip-prinsip ini. Assyahid Sheikh Ahmad Yassin dan orang-orang yang
terdahulu syahid berjaya mentarbiyah generasi pelapis perjuangan
pembebasan Al Aqsa berasaskan lima prinsip berikut:
1. Mendidik
mereka agar mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya hatta
melebihi diri mereka sendiri . Cinta hakiki inilah yang diajar oleh
Rasulullah SAW kepada sahabat seperti Umar AlKhattab r.a. sehingga Umar
berikrar untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi harta, keluarga , anak
dan dirinya sendiri. Cinta jenis inilah juga yang mengobarkan semangat
jihad dalam diri Hanzalah AlGhasil yang sanggup meninggalkan isteri di
malam pertamanya selepas menikah untuk bergegas ke medan perang dalam
keadaan junub. Dia terbunuh syahid di jalan Allah mengorbankan dirinya
sebagai bukti kecintaan kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda ketika
baginda memandang ke langit:
”Demi
zat yang jiwaku di dalam genggamanNya, sesungguhnya aku benar-benar
melihat para malaikat memandikannya di antara langit dan bumi.”
Rupa-rupanya
kisah cinta kelas pertama ini berulang kembali di bumi Palestin apabila
ternyata begitu ramai saudara-saudara kita yang sanggup mengorbankan
diri mereka syahid di jalan Allah . Bagi para ibu bapa amat wajar sekali
kita menghayati kisah syuhada’ seperti Assyahid Ayat Muhammad AlAkhras
untuk kita ceritakan kepada anak-anak kita. Ayat AlAkhras adalah seorang
pemudi Palestin berusia 18 tahun yang memilih untuk syahid semata-mata
kerana cintakan Allah dan mencari keredhaanNya. Cintanya kepada Allah
dan Rasul melebihi cintanya kepada dunia dan seluruh isinya . Ayat
seorang remaja cerdik dan bijak selalu berpesan kepada rakan-rakannya
agar ”rajin belajar kerana penguasaan teknologi amat penting dan
diperlukan untuk mendukung perjuangan, apapun bentuknya” . Tentang jihad
Ayat selalu berkata jihad adalah kewajipan setiap muslim termasuk
wanita. Apabila perjuangan menemui jalan sukar kerana mereka terkepung
dari segala penjuru Ayat memilih untuk terlibat dalam amaliyah
isytisyhadiah (operasi mendapatkan syahid) pada tahun 2002 . Sukar untuk
digambarkan oleh orang biasa bagaimana Ayat ,bakal mempelai sanggup
melakukannya meninggalkan segala perancangan dan impiannya untuk
berkahwin termasuk persiapan pakaian pengantin yang telah dijahitnya
sendiri . Ini tidak lain dan tidak bukan kerana kejelasan matlamat
hidupnya dan kecintaannya hanya kepada Allah yang Esa. Di akhir hidupnya
Ayat sempat berwasiat kepada pemimpin dunia Arab untuk bangkit dari
tidur dan menjalankan kewajipan kepada Palestin. Kisah lanjut tentang
Ayat boleh diperolehi dari buku Nostalgia Syuhada’ karangan Ibnu Ismail
2.
Mendidik mereka dengan keberanian sehingga sanggup berhadapan dengan
musuh tanpa rasa gundah dan gentar. Rasulullah berjaya menerapkan sifat
ini di kalangan sahabat termasuk yang masih kecil. Dalam sejarah
termaktub kisah Abdullah Ibn Zubair yang sewaktu kecil tidak berganjak
dari tengah jalan sebagaimana rakannya yang lain apabila terserempak
dengan Umar Alkhattab. Apabila ditanya Umar mengapa beliau tidak lari
maka dia menjawab: ”Aku tidak melakukan kejahatan, lalu mengapa aku
mesti takut kepadamu. Tidak pula jalan
tersebut sempit sehingga aku mesti melapangkan jalan untukmu”. Semangat
keberanian luar biasa ini juga kita saksikan di kalangan penduduk
Palestin. Keyakinan mereka kepada ayat Allah dalam surah Ali Imran 3:139
“Dan
janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal
kamulah orang-orang Yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman. “
begitu menyerlah sekali .
3. Mendidik mereka dengan ketegasan dan kejelasan matlamat perjuangan
Sebagaimana
Rasulullah mendidik para sahabat untuk menjadikan hidup ini semata-mata
untuk pengabdian kepada Allah begitulah semangat yang ditanam kepada
para pejuang Palestin. Menurut Nadia Nadia Musa Abu Marzooq, isteri
kepada Ketua Biro Politik Hamas, wanita Palestin juga memainkan peranan
yang penting berdiri disamping kaum lelaki mereka berjihad dan meniupkan
semangat juang dikalangan anak-anak mereka. Antara kisah yang masyhur
adalah tentang seorang ibu yang bergelar Ummu Syuhada kerana berjaya
memberi dorongan kepada 6 anaknya untuk ke medan juang.( 3 daripada
mereka syahid). Malah anaknya yang baru berumur 17 tahun telah membunuh
sebanyak 19 orang Yahudi sebelum syahid terkena serangan udara rejim
Zionis. Ibunya selalu berkata pada anaknya, “Anakku, jangan pulang
sebelum kudengar kalian mati syahid" . Peristiwa ini seharusnya menjadi
kisah teladan yang mesti diratibkan di kalangan ibu-ibu dan anak-anak
kita. Merekalah yang seharusnya menjadi contoh kita. Kisah ini
mengulangi sejarah Al Khansa’ di zaman Rasulullah SAW yang mendapat
gelaran Ibu para syuhada’ . Khansa’ berjaya mendidik dan menghantar
empat orang anak lelakinya yang semuanya gugur syahid dalam perang
AlQadisiah. Perhatikan kata-kata Khansa’ kepada anak-anaknya
'Wahai
anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian
telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan
selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putra-putra dari seorang lelaki dan
dari seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati
bapakmu, atau membuat malu pamanmu, atau mencoreng arang di kening
keluargamu.Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju
dan berangkatlah, majulah paling depan niscaya kalian akan mendapatkan
pahala di akhirat. Negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada
Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran
sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah
sampai mati. Wahai anakku, carilah maut niscaya dianugerahi hidup.'
Inilah
yang sepatutnya membakar semangat kita kaum ibu agar sentiasa berusaha
mendidik anak-anak kita mengikut acuan Rasulullah SAW.
4. Mendidik mereka dengan kelembutan
Rasulullah
sememangnya sebaik-baik contoh yang telah menunjukkan bagaimana sifat
lemah lembut dan memahami berbanding kekerasan akan dapat memenangi hati
masyarakat untuk akhirnya memeluk Islam. Kejayaan Hamas menang besar
dalam pilihanraya paling bersih tercatat dalam sejarah Palestin pada
tahun 2006 adalah disebabkan kerja-kerja kebajikan dan perkhidmatan
kepada masyarakat Palestin tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun
perancangan Israel ingin menjatuhkan imej Hamas namun ternyata rencana
Allah jauh lebih hebat.
5. Mendidik mereka dengan optimisme dan kemahuan yang tinggi
Rasulullah
SAW mendidik para sahabat agar tetap berpegang kepada tali Allah
disamping berpandangan jauh dan optimis bahawa kemenangan akan berpihak
kepada orang yang benar. Ketika dikejar Suraqah sewaktu peristiwa hijrah
Rasulullah pernah menjanjikan gelang Kisra, maharaja Parsi yang akan
diberikan kepada Suraqah satu masa kelak. Ternyata janji Rasulullah itu
benar.
Di
Palestin juga mereka begitu yakin dengan janji pertolongan Allah kepada
mereka dan janji Allah sememangnya benar. Menurut Dr Sami Abu Zuhri,
jurucakap kanan kerajaan Hamas “Apa yang berlaku ke atas Gaza tidak
dapat dinilai berdasarkan nilaian material. Tapi saya yakin,
sesungguhnya Allah bersama kami. Kerana itulah kejayaan dapat diperolehi
Gaza dan Hamas.” Tentera Israel telah membuat pengakuan bahawa mereka
dapat menyaksikan tentera yang berpakaian putih, sedangkan sebenarnya
tentera mujahidin di Gaza tidak mempunyai pakaian sebegitu. Ada juga
yang menyaksikan seorang tentera berpakaian putih yang tingginya sampai
ke langit. Ada juga tentera Israel yang tidak dapat melihat kerana dia
merasakan salah seorang dari tentera mujahidin telah mencampakkan kepada
mereka sesuatu yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat. Allah SWT
berfirman, ’sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan tolong kamu dan
menetapkan langkah-langkah kamu.’ Oleh itu kami sangat yakin pertolongan
Allah turun di Gaza, kerana itu kami mencapai kemenangan,”
Bagi membuktikan komitmen mereka terhadap perjuangan , Dr Sami berkata “Pada musim panas yang lalu Gaza telah mengeluarkan 5,000 hafiz al-Quran. Dan
kami akan menyediakan untuk musim panas yang akan datang 10,000 hafiz
al-Quran. Oleh kerana itu kami sangat yakin bahawa usaha Israel akan
gagal.”
Penutup
Akhirnya
bagaimanakah caranya untuk kita menerapkan prinsip-prinsip ini dalam
diri anak-anak kita. Wahai ibubapa sekalian , sebenarnya tiada jalan
singkat untuk kita melakukannya. Walau sesibuk mana kita pun , anak-anak
mesti kita dampingi. Berganding bahu dan berpakatlah dengan pasangan
kita untuk membimbing anak-anak. Cerita dan tunjukkan kepada mereka
tokoh- tokoh pejuang Palestin yang ramainya muda-muda belaka namun
sebahagiannya jelas terdapat tanda sujud di dahi mereka. Kongsikan
kepada anak-anak kita firman Allah yang bermaksud:
"..kamu
lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keridaan-Nya,
tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.” (Al-Fath :
29) . buka video yang kedua .
Carilah jalan dan peluang untuk mengkisahkan kepada mereka cerita-cerita pejuang Islam hari ini yang terbentang di depan mata. Jadikan kisah mereka sebagai Bedtime stories
untuk kita dodoikan anak sebelum tidur. Marilah kita menjadikan diri
kita contoh teladan yang terbaik untuk diikuti oleh anak-anak. Tarbiyah
yang praktikal biasanya jauh lebih berkesan dari hanya secara teori.
Setiap rumah mestilah mempunyai Tabung bersamamu Palestin untuk kita
latih anak-anak berinfak sebahagian wang saku mereka untuk jalan dakwah.
Bawalah anak-anak untuk bersama-sama dalam kempen perjuangan
membebaskan Al Aqsa. Terdekat marilah sama-sama menjayakan pelbagai
program bersama Global March to Jeruselam (GMJ) pada 7
Jun 2013 yang diadakan serentak di seluruh dunia . Sempena GMJ
Malaysia kali ini, Sekretariat Projek Rose2Rose dari Wanita Malaysia
untuk Wanita Palestin akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik
termasuklah Flashmob , jualan bunga ros, kempen tandatangan untuk
tahanan Palestin di penjara Israel dan pelbagai acara lain. Maklumat
lanjut boleh di dapati dengan melayari Facebook Aqsa Syarif Malaysia.
Samada kita sebagai penganjur atau sebagai peserta libatkan semua
anggota keluarga . Galakkan mereka untuk berperanan di kalangan
rakan-rakan mereka. Jangan ketinggalan meniupkan semangat dan menyalakan
obor perjuangan di kalangan generasi muda. Kita mampu melakukannya!





Naughty Boy !
